Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin - Dynar Lekor - Btb Lekor

Dynar Lekor – Btb Lekor

Keropok Dynar Lekor di Shah Alam
January 11, 2018
Selamat Tahun Baru Cina dari Dynar Lekor
February 13, 2018

Pada 19 Januari 2018, telah berlangsungnya Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin sempena pembukaan kilang DNRLEKOR SDN BHD di kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Terengganu. Majlis bermula selepas solat Jumaat dan diadakan di kilang operasi DNRLEKOR SDN BHD.

Majlis dihadiri pelajar-pelajar Tahfiz Tok Jiring, pekerja-pekerja DNRLEKOR SDN BHD, pembekal yang berurusan dengan DNRLEKOR dan juga adik beradik dan kenalan Puan Dasimah.

Majlis solat hajat diimamkan oleh Ustaz Mohd Ajmain daripada Tahfiz Tok Jiring . Kemudian majlis bacaan yassin, bacaan doa selamat dan tahlil.

Setelah selesai majlis solat hajat, para hadirin dijemput untuk menjamu selera.

×