Selamat Tahun Baru Cina dari Dynar Lekor – Dynar Lekor – Btb Lekor

Selamat Tahun Baru Cina dari Dynar Lekor

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin
January 29, 2018
Ekspo Terengganu 2018
February 19, 2018

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia terutama masyarakat Cina yang meraikan perayaan ini. Tahun Baru Cina ini dianggap sebagai detik permulaan, titik permulaan juga penentuan nasib dalam menjalani kehidupan mendatang. Inilah keunikan negara Malaysia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Kita seharusnya bersyukur di atas nikmat yang kita miliki ini.

Bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman, berhati-hati semasa memandu dan sentiasa ingat orang yang tersayang. Pastikan sebelum pulang ke kampung masing-masing kediaman anda berada dalam keadaan baik, pintu dan tingkap berkunci, lampu dan suiz dimatikan. Dan yang penting pastikan jiran anda tahu ketiadaan anda di rumah.

Kepada pelanggan-pelanggan setia mahupun pelanggan baru, kami berterima kasih atas kesudian membeli produk keluaran kami. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki. Sempena Tahun Baru Cina ini kami akan memperkenalkan sos pencecah baru untuk anda makan dengan keropok ikan yang lembut tanpa tulang serta memperkenalkan set keropok dan minuman bagi pelanggan yang datang ke kedai. Jangan lupa singgah ke kedai kami untuk menikmati menu khas dari kami.

Akhir kata, Selamat Tahun Baru Cina 2018 dan semoga semua urusan kita dipermudahkan dan berjalan lancar hendaknya. Semoga kita dapat kekalkan semangat muhibbah dan permuafakatan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang majmuk. 🙂