Selamat Tahun Baru Cina dari Dynar Lekor
February 13, 2018“Pok kata mung buleh” DNR Lekor bangkit daripada semangat arwah ayah
March 6, 2019Kerajaan negeri Terengganu akan mengadakan Ekspo Terengganu 2018 yang akan berlangsung pada 25 Februari hingga 3 Mac 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak. Tujuan ekspo ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kejayaan pembangunan di Terengganu. Selain itu kerajaan negeri Terengganu turut menawarkan kepada pengunjung pelbagai hadiah menarik antaranya hadiah utama sebuah unit apartmen, satu lot tanah perumahan, satu lot tanah pertanian dan kereta pacuan empat roda menanti para pengunjung. Selain itu turut ditawarkan setiap hari pelbagai hadiah menarik seperti motosikal dan barangan elektronik dan elektrik.
Ekspo ini juga merupakan platform untuk kerajaan negeri menyampaikan informasi dan maklumat yang tepat kepada rakyat. Pelbagai program menarik sepanjang ekspo akan diadakan seperti forum perdana, persembahan kebudayaan, ramah mesra dengan selebriti dan juga atlet negara, e-sports dan persembahan Sound of Terengganu serta penampilan artis popular tanah air.
Di sana juga, Dynar Lekor juga akan turut sama memeriahkan ekspo ini. Dynar Lekor akan membuka jualan produk-produk kami bermula 1 hingga 3 Mac. Bagi yang berkelapangan dan ingin merasai produk keluaran DNRLEKOR SDN BHD boleh datang singgah ke gerai kami. Tunggu apa lagi, pakat mari ramai-ramai rakyat Terengganu untuk sama-sama memeriahkan Ekspo Terengganu 2018. 😉