RESEPI SOS TERENGGANU
January 29, 2020
Hari ni cik Dynar nak share sikit maklumat berkaitan asal-usul keropok lekor. Cik Dynar yakin ramai yang tak tahu mana datang nama “Keropok Lekor” ni. Selalu orang akan sebut juga keropok losong padahal losong tu adalah nama tempat iaitu Kg Losong. Yang datang ke Dynar Lekor pon akan tanya ada keropok losong tak? Kita haaaa, keropok losong? losong tu nama tempat . yang ada hanya keropok Lekor saja, tetapi keropok lekor kat Dynar banyak variasi tau, macam-macam rasa ada…menarik kan? okey jom kita kembali ke topik yang asal iaitu MACAMMNA DAPAT NAMA KEROPOK LEKOR…..
Keropok Lekor merupakan salah satu makanan tradisional Negeri Terengganu serta makanan yang wajib dibeli sebagai buah tangan sekiranya datang melawat keTerengganu. Keropok Lekor juga menjadi salahsatu makanan yang selalu dihidangkan ketika minum petang di Negeri Terengganu.
Bagaimana perkataan “keropok” terhasil? Kisahnya bermula puluhan tahun yang dulu, di mana para nelayan mendapat hasil laut yang banyak. Hasil tangkapan ikan yang banyak membuatkan penduduk di tepi pantai mencipta satu makanan yang baru. Makanan yang pada asalnya tiada nama dan diberikan nama sempena cara pembuatannya. Pada zaman awal pembuatan keropok, orang kampung menggunakan isi ikan dicampur dengan tepung sagu. Apabila kedua-dua bahan dicampur dan diuli, adunan tersebut dihempuk-hempuk dan menghasilkan bunyi “kelepok”. Lama-kelamaan, perkataan “keropok” digunakan dan dijadikan nama kepada hidangan istimewa ini.
Bagaimana pula dengan perkataan “lekor” terhasil? Selepas adunan ikan siap, adunan tersebut digentel untuk menjadikannya panjang seperti sosej. Tetapi pada zaman dahulu, ada sesetengah yang menggentel keropok menjadikannya panjang. Keropok yang panjang ini apabila direbus akan kelihatan berlingkar seperti menggulung tali untuk disimpan. Perkataan “lekor” adalah dari perkataan “lingkar” . maka terjadilah KEROPOK LEKOR.