Mengenai Kami – Dynar Lekor – Btb Lekor

Mengenai Kami

Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan, kini syarikat perusahaan keropok lekor Bukit Tok Beng ini mula menempa nama di segenap pelusuk negeri di Malaysia. Sebut sahaja kedai keropok Bukit Tok Beng, pasti ramai yang mengenalinya. Keenakan rasa keropoknya yang asli, telah menambat hati ramai penggemar makanan ini. Bangunan perusahaan ini telah dibangunkan di atas  sebuah bukit yang telah ditarah. Pada awalnya perusahaan keropok ini  diusahakan oleh dua beradik iaitu Haji Nazri Mohd Dagang dan juga adiknya Haji Nazir Mohd Dagang. Membawa nama BTB2209 yang mana dimiliki oleh syarikat Berkat Nazri Nazir Enterprise, mereka bergabung tenaga dan idea untuk menghasilkan keropok lekor rebus yang paling sedap di negeri Terengganu tersebut.  Nama BTB tersebut diambil dari singkatan nama kampung tersebut iaitu kampung Bukit Tok Beng. Manakala pemilihan nombor 2209, itu pula adalah sebagai tanda kenangan kepada arwah ayah mereka, yang mana sangat meminati nombor 2209 terutamanya pada nombor plat kenderaannya. Amalan tersebut terus menerus diwarisi oleh anak-anak mereka. Bukan sahaja masih mengekalkan nama BTB2209 itu, malah turut menggunakan nombor 2209 itu pada setiap nombor telefon mereka.

Semakin lama, perusahaan mereka semakin berkembang pesat. Kemuncak kegemilangan perusahaan tersebut apabila adik mereka iaitu Dasimah Mohd Dagang menamatkan pelajarannya dalam bidang Sains Kimia (USM) pulang ke kampung untuk membantu perusahaan yang diusahakan oleh kedua-dua abangnya. Pada awalnya, Puan Dasimah ini hanya membantu menjaga dan mengurus kewangan syarikat tersebut. Namun, kini berkat pandangannya yang jauh, pada tahun 2009 beliau telah berjaya menubuhkan sebuah lagi anak syarikat penghasilan keropok yang dikenali sebagai Berkat BTB Dua Enterprise. Bangunan syarikatnya adalah bersebelahan dengan syarikat abangnya.

Dengan membawa jenama BTB Lekor, Puan Dasimah telah mencipta kelainan daripada konsep yang dibawakan oleh kedua-dua abangnya. Berkat Nazri Nazir Enterprise menghasilkan keropok rebus, manakala Berkat BTB Dua Enterprise ini pula menghasilkan keropok separa goreng dengan menggunakan konsep sejuk beku.

Pada awalnya hanya menghasilkan keropok jejari biasa sahaja, tahun demi tahun banyak inovasi rasa keropok telah dihasilkan. Pada tahun 2011, inovasi keropok pertama telah dilakukan. Hasil cetusan idea Encik Rozlan iaitu suami kepada Puan Dasimah yang mana sangat menggemari keju, maka pada tahun tersebut terhasillah keropok jejari keju. Pada tahun 2012 pula, keropok keju bawang, tahun 2014 pula keropok lava, tahun 2015 keropok keju lada hitam. Sehinggalah pada tahun 2016 di bawah syarikat Berkat BTB Dua Enterprise, ada 8 jenis keropok semuanya. Antara produknya ialah keropok jejari biasa, keropok jejari keju, keropok cheese lava, keropok keju potong, keropok keju bawang, keropok lada hitam, keropok keju lada hitam dan juga keropok rebus vaccum. Keropok rebus vaccum merupakan keropok yang diambil daripada syarikat Berkat Nazri Nazir Enterprise. Keropok yang diambil itu akan dibungkus semula bersama dengan sos botol. Tujuannya untuk memudahkan pelanggan yang ingin mengembara menggunakan pengankutan udara.

Semakin lama, syarikat ini semakin berkembang pesat. Pada tanggal 1 Februari 2016, Syarikat Berkat BTB Dua Enterprise ini telah memperoleh sijil halal daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu kerana produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut telah mematuhi syarak dan standard Halal Malaysia. Kesannya, permintaan keropok yang dihasilkan tersebut semakin hari semakin mendapat permintaan tinggi oleh hampir segenap masyarakat seluruh negeri.  Dengan nama syarikat Berkat BTB Dua Enterprise inilah, Puan Dasimah telah membawa keluar produk hasil keluaran syarikatnya untuk diperkenalkan ke seluruh kawasan iaitu dengan menyertai pelbagai pameran dan aktiviti di luar Terengganu. Antara aktiviti yang pernah disertai oleh syarikat Berkat BTB Dua Enterprise ini ialah Ekspo Halal Penang (2015 dan 2016), Pesona Terengganu di Kuala Lumpur (2015), Terengganu Show Case di Johor ( 2015) dan juga Mood Republic (2015).

Menyertai pameran dan aktiviti luar ini telah menjadikan keropok Bukit Tok Beng ini mula dikenali ramai. Permintaan daripada luar negeri Terengganu telah menyebabkan syarikat ini telah membuat beberapa penambahbaikan dalam sistem perniagaannya. Antara sistem yang telah diwujudkan ialah sistem pembelian online, di mana syarikat ini mempunyai website tersendiri. Caranya mudah sahaja, layari sahaja laman web tersebut dan boleh membeli secara online. Penghantaran pula akan dibuat melalui pos laju. Bagi pelanggan yang ingin menjual balik produk keluaran syarikat tersebut, perlulah mendaftar dengan syarikat tersebut. Penghantaran keropoknya pula akan dibuat melalui bas disebabkan kuantitinya yang banyak.

Seperti pepatah melayu berkata disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah jalan. Begitulah juga kehidupan berniaga. Kadang berada di atas, kadang berada di bawah. Tiada kehidupan yang tidak dilanda musibah. Awal bulan enam 2016, permohonan untuk mempaternkan jenama BTB Lekor yang mana telah digunakan sejak awal penubuhan syarikat ini, menemui jalan buntu, apabila tidak mendapat kelulusan disebabkan jenama BTB tersebut telah digunakan oleh syarikat Berkat Nazri Nazir Enterprise. Mengambil langkah selamat, Puan Dasimah telah mengambil keputusan untuk mengubah nama syarikat dan juga menukar jenamanya. Setelah perbincangan dibuat akhirnya mereka sebulat suara bersetuju untuk mengubah nama syarikat kepada DNR Lekor Sdn. Bhd. Nama tersebut diambil hasil gabungan nama ahli keluarga bagi pasangan Puan Dasimah dan Encik Rozlan. Awal bulan enam 2016 juga, jenama baru telah digunakan iaitu Dynar Lekor.  Sehingga kini, keropok hasil keluaran Syarikat DNR Lekor ini tetap mendapat permintaan tinggi walaupun telah diubah jenamanya.

Menjadi peneraju industri berasaskan ikan sehingga ke peringkat global.

  1. Merupakan sebuah entiti perniagaan yang menggunakan jenama Dynar Lekor untuk bersaing dalam pasaran.
  2. Memproses sumber perikanan untuk menghasilkan keropok yang berkualiti disamping mengekalkan keaslian produk menjadi asas perniagaan kami.
  3. Memainkan peranan untuk menhasilkan serta menambah nilai kepada hasil perikanan dan juga mencipta peluang perniagaan melalui pelbagai strategi.

Nama Syarikat: DNRLEKOR SDN. BHD. (1185941-T)
Alamat : Lot 8292, Kg Bukit Tokbeng, Seberang Takir 21300 Kuala Terengganu, Terengganu D.I.
Telefon Bimbit : 012-435 2209 | 012-380 2209
Laman Sesawang : www.dynarlekor.com
Email : keropok@dynarlekor.com
Industri : Makanan (SME)

Dasimah Binti Mohd Dagang
Sarjana Muda Kimia Gunaan (Analisis)
USM
Pengarah Urusan
dasimah@dynarlekor.com

I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.