Cara Pemprosesan Keropok Lekor – Dynar Lekor – Btb Lekor

Cara Pemprosesan Keropok Lekor

Dynar Lekor BTB Lekor Keropok Lekor Keju #No1 Terengganu Keropok Lekor Keju Keropok Lekor Keju Keropok Lekor Terengganu Keropok Lekor Original Keropok Lekor BTB BTB Lekor Bukit Tok Beng keropok lekor recipe resepi keropok lekor keropok lekor terengganu sejarah keropok lekor keropok lekor terengganu paling sedap keropok lekor bukit tok beng keropok lekor kelulut keropok lekor kemaman keropok lekor cheese bukit tok beng keropok lekor online keropok lekor bukit tok beng gps keropok lekor tok beng online keropok lekor terengganu online pembekal keropok lekor terengganu resepi keropok lekor terengganu paling sedap sos keropok lekor terengganu harga keropok lekor terengganu how to make keropok lekor terengganu pemborong keropok lekor terengganu keropok lekor cheese
Dari BTB Lekor ke Dynar Lekor
July 17, 2016
Dynar Lekor Meraikan Para Graduan UMT
November 29, 2017

Cara pemprosesan keropok lekor bermula dengan pemilihan ikan. Antara ikan yang digunakan untuk memproses keropok lekor ialah ikan selayang, parang, tamban dan lain-lain. Ikan yang dipilih akan diproses untuk menghasilkan isi ikan tanpa tulang. Di Dynar Lekor, isi ikan diperoleh daripada pembekal dari Setiu. Isi ikan yang sudah diproses diperoleh dalam bentuk blok. Berat satu blok adalah 8 kilogram(kg). Jenis isi ikan akan dibezakan mengikut warna plastik. Kemudian isi ikan yang diperoleh ini akan disimpan di dalam peti. Langkah pertama dalam pemprosesan keropok lekor ini ialah plastik isi ikan akan dibuka terlebih dahulu sebelum diletakkan di atas bangku untuk proses penyahbekuan.

Kemudian isi ikan ini akan dimasukkan ke dalam mesin pemotong isi ikan untuk mendapatkan isi ikan yang bersaiz kecil. Isi ikan tadi akan ditimbang mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Seterusnya isi ikan tersebut akan dicampur dengan tepung sagu dan bahan perasa yang telah ditimbang mengikut sukatan yang telah ditetapkan ke dalam mesin penggaul (mixer). Tujuannya adalah untuk mendapatkan adunan membuat keropok yang sebati.

Apabila adunan telah sebati, adunan ini akan dimasukkan ke dalam mesin mincer untuk mendapatkan bentuk silinder. Langkah terakhir adalah memasukkan sekali lagi adunan tadi ke dalam mesin mixel untuk mendapatkan adunan yang mudah untuk dibentuk ketika proses menggentel nanti. Adunan akan digentel mengikut jenis dan saiz yang dikehendaki. Keropok yang sudah siap digentel akan digoreng separa masak dan disejukkan sebelum proses pembungkusan.